Waktu dan Tips Ziarah Raudhah Untuk Wanita- Masjid Nabawi

Antara Rumahku Dan Mimbarku Terdapat Raudhah (Taman) Syurga


Terdapat riwayat dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, bahwa beliau bersabda, 
ما بين قبري ومنبري روضة من رياض الجنة (المعجم الأوسط للطبراني، 
2/120) 

"Di antara kuburanku dan mimbarku terdapat taman (raudhah) di antara taman surga." (Al-Mu'jam Al-Ausath, Thabrani, 2/120) 

 

Tips : 

1. Mulakan masuk ke pintu 25 masjid Nabawi dgn kaki kanan sambil berdoa..."ya Allah ya Tuhanku..bukakanlah pintu2 rahmat buat ku ya Allah..bukakanlah pintu2 rezeki juga utk ku ya Allah..."kemudian terus masuk menuju ke Raudah

2. Sebelum masuk Raudah, solat sunat tahyatul masjid dulu di depan Raudah ( carpet merah) dan isikan masa dgn berzikir atau membaca dan cuba hafal doa Raudah sementara menunggu turn utk masuk.( selalunya petugas Raudah akan suruh kita tunggu hingga turn kita.kalau nasib baik dapat terus masuk)

3. Masuk ke Raudah (carpet warna hijau) dan cuba nyelit nyelit hingga ke paling depan sbb jika kita solat di tgh2 Raudah nanti kena himpit atau pijak

4. Mulakan dgn memberi Salam pd Nabi dan 2 sahabat Nabi
* assalamualaika Ya Rasulallah, assalamualaika ya Nabi Allah..assalamualaika ya habiballah
* baca selawat atas Nabi (tahiyat akhir) pastu baca fatihah
* pastu baca assalamualaika ya Abu Bakar Siddiq dan Assalamualaika Omar Khattab...(makam Nabi bersebelahan dgn 2 sahabat ini)
barulah mula solat sunat 2 rakaat.

INGAT..!!!!!!!

5. Doa sebanyak yg boleh semasa sujud rakaat kedua. Doa apa yg kita nak dan terbaik, insyallah dimakbulkan. Jangan angkat kepala selagi belum habis berdoa.Jangan angkat tgn dan berdoa selepas solat sebab nanti kena halau dgn jemaah lain atau petugas Raudah..

6. Selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam..berdoa dlm hati...ya Allah..jauhkan aku dari api neraka..jauhkan aku dari siksaan kubur..hindarkan aku dari fitnah hidup dan mati dan hindarkan aku dari fitnah Dajjal..barulah bagi salam. Selepas salam, sujud semula utk berdoa dlm beberapa minit.

7.Bangun dan bg peluang pd org belakang kita pula utk solat..terus keluar sambil terus berdoa hingga keluar dari karpet hijau..

Semoga anda mendapat serba sedikit info bagi membantu anda sebelum sampai ke Raudhah nanti dan semoga perjalanan anda dipermudahkan. Aamiin


Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.