TIPS TRAVEL UNTUK WANITA BERTUDUNG


 

Selalu pening kalau nak packing untuk holiday, staycation atau pun Umrah. Kami sediakan 5 tips ringkas bagi mereka yang bertudung.

 

 

1) PAKAI PAKAIAN BERFABRIK KAPAS

Bagi mereka yang bercuti ke tempat panas, pastikan baju yang anda bawa kalis peluh dan berfabrik kapas. Pilih pakaian berlengan panjang yang tidak terlalu tebal supaya memudahkan anda tidak memakai pakaian berlapis. Bagi mereka yang bercuti di tempat sejuk dan menggunakan ‘outer’ seperti kot atau vest, pakailah ‘outer’ yang bermaterial ringan dan fleksibel untuk di bawa ke mana- mana.

 

2) TUDUNG MOTIF ATAU WARNA BERLAINAN DEPAN BELAKANG

Pelbagai trend tudung yang anda boleh dapati di pasaran hari ini, salah satunya tudung dengan motif atau warna berbeza depan dan belakang.Untuk menjimatkan ruang, tudung ini amat sesuai digunakan bagi mereka yang ingin bercuti lama. Tanpa perlu membawa banyak tudung, anda juga telah menjimatkan tenaga untuk menggosok.

 

3)TUDUNG 'INSTANT' COTTON DENIM

Selain fabrik Cotton Denim yang amat selesa dan tidak menghindari anda dari melakukan activti-activiti lasak, ia jugak tak perlu digosok kerana ia wrinkle-free. Jimat masa dan sarung sahaja, tak usah dibentuk-bentuk atau menggunakan pin yang banyak. Ia juga tidak akan melekap ke badan. Boleh lihat ke Sumayyah best seller kami  ataupun Salwani.

 

4) HINDARI PENGGUNAAN PASHMINA ATAU CHIFFON RINGAN (Light chiffon)

Selendang jenis pashmina dan chiffon ringan adalah jenis tudung yang anda perlu elakkan semasa bercuti.Material yang mudah renyuk, selendang jenis ini juga memerlukan banyak pin untuk digayakan.

 

5) TUDUNG DILETAKKAN PALING ATAS

Untuk menghindarkan tudung yang siap digosok renyuk apabila membuka bagasi, letakkan tudung-tudung anda paling atas di dalam bag tersebut.  

 

Semoga ia bermanfaat pada semua. 


Leave a reply

Islamic Calendar