• ihram
  • suchi
  • umrah
  • PANDUAN UMRAH – PERSEDIAAN SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH

    1 comment Dec 12, 2018

    Mengerjakan umrah merupakan suatu ibadah yang wajib kita lakukan sekali seumur hidup jika berkemampuan [baca sini].

    Dengan itu segala persiapan diri harus dilakukan dengan teliti sama ada dari segi mental, fizikal ataupun barangan yang diperlukan semasa umrah.

    Kami akan kongsikan persediaan-persediaan mental dan fizikal yang perlu anda lakukan sebelum menunaikan umrah sebagai panduan umrah anda.

    Persediaan Sebelum Ke Tanah Suci

     

    • Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan perbanyakkan istighfar, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa agar dipermudahkan urusan.
    • Memohon maaf dengan kenalan dan menyelesaikan hutang piutang jika ada.
    • Mendapatkan nasihat doktor bagi sebarang penyakit sedia ada.
    • Berjalan dengan jarak seperti jarak perjalanan yang akan dilalui semasa menunaikan umrah (anggaran 5km) agar sentiasa berstamina dan cergas.
    • Mempelajari cara solat di dalam kapal terbang, solat-solat sunat yang boleh dilakukan dan solat jenazah (kebiasaannya akan ada solat jenazah selepas solat fardhu di Mekah dan Madinah)
    • Mendapatkan pendapat dan pandangan daripada mereka yang sudah berpengalaman mengerjakan umrah untuk menambahkan ilmu.
    • Berbuat baik dengan orang sekeliling dan menyelesaikan tanggungjawab yang ada sebelum berlepas ke tanah suci.

    Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah

    Seterusnya merupakan panduan umrah untuk perkara-perkara yang anda perlu lakukan sebelum berniat umrah. Antaranya ialah:-

     

    • Melakukan perkara-perkara sunat untuk kekemasan diri seperti memotong kuku, menanggalkan bulu ketiak dan ari-ari, mengemaskan misai, rambut dan janggut, mandi sunat ihram, memberus gigi dan memakai minyak rambut.
    • Mengambil wudhu’.
    • Memakai pakaian ihram selepas mandi sunat ihram.
    • Solat sunat ihram – boleh dilakukan di hotel atau di Miqat sebelum niat ihram.
    • Memakai Lip Balm, Heel Balm dan Krim UV keluaran SUCHI yang sah ihram untuk memastikan kulit anda sentiasa lembab. [beli di sini]
    • Bagi anda yang mempunyai masalah sakit-sakit sendi atau sakit lutut, sapukan losyen lutut B’Fit SUCHI yang sah dipakai semasa ihram pada sendi-sendi anda yang sakit. [beli di sini]

    Cara Pemakaian Ihram

    Panduan Umrah - Cara Pemakaian Umrah

     

    Diharapkan panduan umrah persediaan sebelum mengerjakan umrah ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda pengetahuan tentang apa yang perlu anda lakukan sebagai persediaan sebelum mengerjakan umrah. 

    Credits : Suchi Official Blog

    Rujukan :

    Buku Panduan Ringkas Ibadah Umrah Edaran Percuma V2.0. Retrieved From http://mimmtravel.com/wp-content/uploads/bukupanduanumrah2017-FINAL.pdf


    1 comment


    • attepsy May 11, 2021 at 11:54 am

      soft tab cialis[/url]


    Leave a comment

    This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.


    More from > ihram suchi umrah