Hasrat dan Niat Setiap Anak Ingin Membawa Ibu Bapa Ke Umrah

2 comments Feb 6, 2018
Setiap anak pasti ada hasrat dan niat terpendam didalam hati untuk membawa ibu bapa mereka untuk menunaikan Rukun Islam ke Lima iaitu Haji atau Umrah. 
Hasrat membawa ibu atau bapa yang sudah tua mengerjakan Umrah adalah amalan yang terpuji dan mulia. Insya allah, dengan niat yang ada mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memperluaskan rezeki. 
Namun, banyak persiapan harus dibuat sebelum ia dapat direalisasi. 

 

1) Bilangan Hari

Jika anda bekerja sepenuh masa, pastikan bilangan hari dapat ditepikan untuk menunaikan Umrah iaitu paling minima 10 hari dan maxima 14 hari. Sediakan cuti sehari dua selepas pulang untuk rehat dan untuk pastikan kesihatan ibu bapa ok.  
Bilangan hari Ini hanya untuk Umrah dan tak termasuk jika ingin berkunjung ke tempat yang lain seperti Turkey , BaitulMaqdis dan sebagainya. 
Dengan membawa orang tua kami, harus tahu daya ketahanan mereka. Kerana tak nak terlalu lama sangat nanti mereka penat dan jangan terlalu pendek kerana terlalu padat sehingga rushing bagi mereka untuk ke satu tempat ke satu tempat. 
Jadi kenalah tahu kekuatan dan daya kesihatan ibu bapa masing-masing. 

2)  Pilihan masuk Madinah atau Mekkah Dahulu

Ramai yang akan tertanya-tanya samada masuk Madinah atau Mekkah dahulu. Madinah dulu atau Mekkah dulu adalah sama kelebihannya tertakluk keadaan jemaah.
  • Masuk Madinah dulu:
Jemaah yang mempunyai kesihatan dan fizikal yang baik mempunyai kelebihan untuk meningkatkan keimanan dan keislaman dengan melawat makam Nabi Muhammad s.a.w, kesan-kesan sejarah seperti perkuburan Baqi, Makam sahabat, Masjid, Medan peperangan Uhud dan lain2. 
Madinah adalah Bandar yang selesa dengan kemudahan Hotel yang baik, perjalanan ke Masjid dengan jaraknya yang dekat dan mendatar. Aktiviti di Madinah adalah melakukan ibadah yang biasa semasa di sini, tetapi ganjaran daripada Allah s.w.t sangat besar dan perlu menjaga adab-adab.
  • Masuk Mekkah dulu:
Jemaah yang lanjut usia atau yang mengidapi penyakit adalah sesuai masuk Mekkah untuk membiasakan suasana Mekkah. Melakukan Ibadah Umrah yang wajib dahulu dan mengikut kemampuan. Apabila selesai dan sempurna Ibadah Umrah maka jemaah akan ke Kota Madinah menaiki bus.

3) Memilih Travel Agency 

Dengan tips di atas, anda boleh memilih travel agency yang sesuai mengikut bilangan hari dan masuk ke Mekkah atau Madinah dahulu. 
Penting sekali untuk memberitahu travel agency jika ibu bapa anda ada masalah kesihatan atau memerlukan wheelchair supaya Mutawwif ambil tahu akan keaadaan dan dapat memberikan lebih perhatian.
Selain itu, mengikut kesesuaian anda:
  • Travel Itinerary yang sesuai seperti Ziarah Musuem Al-Quran, Musuem Asma ul-husna dan sebagainya. 
  • Jarak Hotel dari Masjid, sama ada ibu bapa kami boleh jalan ke masjid atau perlu dibantu dengan wheelchair.

4) Surat Doctor 

Minta surat doctor tentang kesihatan ibu bapa anda jika mereka ada mengambil ubat-ubatan. Lebih mudah dengan adanya surat itu, sekiranya mereka tak beberapa sihat di Tanah Suci, informasi tentang kesihatan mereka dan ubat yang mereka sedang mengambil ada di-situ. 

5) Membawa Tongkat / Kerusi Lipat

Sekiranya ibu bapa memerlukan bantuan untuk berjalan, boleh membawa tongkat atau tongkat lipat untuk digunakan. Tetapi kalau tidak, anak-anak boleh membantu dengan memimpin mereka. 
Di Mekkah dan Madina adanya banyak kerusi lipat yang di Wakafkan untuk jemaah. Namun, sekiranya waktu sudah dekat untuk solat kerusi-kerusi mungkin susah untuk didapatkan di masjid2. 
Dengan itu, sejurus tiba di Mekkah / Madinah anda boleh membelinya di kedai-kedai di sana jadi mudah untuk ibu bapa mengerjakan solat. Tak payah tercari-cari. Jika sudah selesai mengerjakan umrah dan tidak mahu membawanya pulang ke Tanah Air, boleh diwakafkan ke masjid. 

 

6) Persediaan Diri

Terakhir sekali, banyak-banyak bersabar. Ibu Bapa pasti gembira dan tak sabar menanti hari yang mereka akan ke Tanah Suci. Namun, kadang kala ujian diberi bukan sahaja di sana, malah di sini juga. Dengan ini anak-anak, banyaklah bersabar.
Sediakan diri dengan kursus yang dianjurkan masjid atau agency, ke masjid bersama ibu bapa untuk solat jemaah untuk sesuaikan routine, membawa ibu bapa jalan santai di bawah block untuk tingkatkan kekuatan jasmani dan tingkatkan amalan-amalan. 

 

Blog ini ditulis dari pengalaman kami sendiri. Kami harap ia dapat membantu dan membawa manfaat pada pembaca. 
Yang baik datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Jika ada kekurangan kami mohon maaf. 
 
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

2 comments


  • JosephTum May 31, 2021 at 12:34 am

    Hi, here on the forum guys advised a cool Dating site, be sure to register – you will not REGRET it [url=https://bit.ly/2XbVumI]https://bit.ly/2XbVumI[/url]


  • Charlescix May 30, 2021 at 6:52 am

    Hi, look what a cool site I found, there you can win from $ 50 to $ 3000 , I managed to win $ 540, good luck to you [url=https://bit.ly/34jKEhC]https://bit.ly/34jKEhC[/url]


Leave a comment

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.